Permohonan ke Universiti Al-Azhar sesi 2017/2018

Thursday, January 19, 2017

Pengumuman Terkini :

Dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar, Mesir telah menetapkan syarat minimum kemasukan yang baharu bagi bidang Pengajian Islam lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada MAQBUL ke JAYYID mulai sesi kemasukan 2017/2018.

Permohonan bagi lepasan STAM akan ditutup pada 2 Februari 2017 dan pemohon perlu hantar dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 17 Mac 2017 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Sebarang permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.

Berminat menyambung pengajian ke Timur Tengah? Pihak Mauizah Resources berpengalaman membantu anda menguruskan dokumen dan memberikan khidmat nasihat pemilihan universiti, pemilihan kursus, penyelenggaraan kos keseluruhan sama ada tersembunyi atau tersurat, penerbangan, penempatan dan kerjaya pelajar.

Call: 03-60397343
WhatsApp: 018-6642687
Email: mauizahrc@gmail.com

Permohonan ke Universiti al-Azhar sesi 2017/2018

1. Tahun ini, kali pertama sistem kelayakan ke Universiti al-Azhar menggunakan STAM berubah sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010.

2. Kelayakan minima untuk ke Al-Azhar bermula tahun ini ialah Jayyid. Dahulu Maqbul sahaja.

3. Permohonan online dibuka bermula 17 Januari sehingga 2 Februari.

4. Perhatian! Sekiranya anda lewat memohon, anda akan hilang kelayakan memohon untuk tahun ini.

5. Saya cadangkan, mohon sahaja dahulu. Mudah sahaja cuma perlu masukkan kad pengenalan, email, gambar berukuran passport dan keputusan umum STAM. Kemudian, pilih satu diantara 3 fakulti: Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.

6. Selepas permohonan ditutup, anda akan dapat keputusan diterima dengan cara membuat semakan online.

7. Setelah itu, cetak dokumen dan uruskan dokumen yang diminta.

8. Jika anda tidak mahir dalam urusan membuat permohonan atau menguruskan dokumen dan terjemahan, Mauizah Resources boleh bantu anda. www.mauizahrc.com

9. Semoga Allah mudahkan urusan anda menuntut ilmu di Universiti al-Azhar!

10. Permohonan mesti dibuat melalui online di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php
_________

Syihabudin Ahmad II,
Graduan Universiti al-Azhar.
Share on : Facebook Twitter Google+

13 comments:

  1. Assalamualaikum,saya ingin bertanya adakah lepasan SPM boleh memohon ke Universiti Al-Azhar ? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Ya, boleh. Jika anda berminat, sila hubungi kami untuk membuat semakan keputusan dan kelayakan: 03-60397343 (Mauizah Resources)

      Delete
  2. Assalamualaikum,, sya lepasan diploma syariah,, nak tanya bgaimna prosedur utk mnyambung pmbelajar d azhar sbb sya ada baca bhwa syarat utk smbng blajar kat mesir msti ada stam.. sya xda stam..

    ReplyDelete
  3. assalam..sy nak tanya bila tarikh permohonan utk pljr lepasan spm dibuka?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.. Saya lepasan STPM.. boleh ke memohon utk Universiti Al Azhar

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. saya student diploma dakwah .jika saya ingin memohon ijazah dakwah .boleh ke saya memohon ?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.nak Tanya ermm kat universiti Azhar ni Ada bnyk Kos ke terhad pd usuluddin,syariah,bahasa Arab? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kemasukan utk sesi tahun 2018 blh dh isi name ke

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..imtihan qabul untuk lepasan spm bila ye?

    ReplyDelete
  9. Asslmualaikum.. Kalau xder basic arab bolh x smbung ke timur tengah dlm bidg medic? Dn bile boleh memohon yer? Sy pelajar spm2017. Syukron;)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Kalau nak sambung master di sana, kursus apa yang ada ditawarkan?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, Boleh ke pelajar lepasan SPM yang tidak mengambil bidan pengajian islam seperti arab dan lain lain masuk ke Universiti al Azhar ini? Ade cara lain ke?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ,kalau lepasan STAM 2019,nak memohon macam mana ye ? Mohon penjelasan terima kasih

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.