Permohonan ke Universiti Al-Azhar sesi 2015/2016

Wednesday, March 11, 2015

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut: 

1. Pengajian Islam 

Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan. 

DAN 

Lulus Imtihan Qabul 

2. Pengajian Qiraat 

Mempunyai Diploma Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan. 

3. Ulum Islamiah

Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk enam (6) subjek berikut iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Syariah Islamiah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan.

Anggaran Yuran Pengajian


+- USD150.00 – yuran pendaftaran dan buku untuk setahun.

Bagi pengajian di Pusat Bahasa, bergantung kepada band yang diperolehi oleh pelajar. Kos antara USD200.00 hingga USD1,000.00 termasuk buku.
 
Anggaran Perbelanjaan Sara Hidup 
 
a) Sewa rumah luar (termasuk api/air) - LE300.00 *
Sekiranya Rumah Kerajaan Negeri - LE45.00 *seorang (mengikut negeri)
b) Makan minum - LE300.00 * Sekiranya makan berkongsi - LE150.00 * di rumah
c) Pengangkutan (van / bas / metro) - LE150.00 *
d) Perubatan - LE100.00 *
 
Rumusan anggaran perbelanjaan bagi seorang pelajar ialah; 
  • Jika di Kaherah / Iskandariah - RM 800.00 /bln 
  • Jika di Mansoura, Zaqaziq,Tanta - RM 500.00 /bln

Fakulti Terkini Yang boleh Dipilih


Mahasiswa

1) Fakulti Syariah dan Undang-Undang
2) Fakulti Usuluddin
3) Fakulti Bahasa Arab
4) Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab
5) Fakulti Dakwah
6) Pengajian Qiraat
7) Ulum Islamiah

Mahasiswi

1) Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab
2) Pengajian Qiraat
3) Ulum Islamiah

Cara Memohon 


Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut sebelum dan semasa mengisi permohonan secara atas talian / online; 
 
1.1 Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) sebelum mengisi permohonan atas talian / online. 
 
1.2 Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian / online. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.

1.3 Anda hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Dinasihatkan supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

1.4 Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum anda tekan butang hantar (send).

1.5 Anda dinasihatkan berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan kerana setelah tekan butang hantar (send), tiada sebarang pindaan boleh dibuat. Permohonan anda adalah MUKTAMAD.

1.6 Dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas daripada tarikh tutup permohonan atas talian / online pada 10 April 2015, anda akan mendapat pengesahan melalui sistem yang telah didaftarkan sama ada anda melepasi syarat atau tidak melepasi syarat dalam permohonan atas talian / online.

1.7 Setelah anda disahkan melepasi syarat dalam permohonan atas talian / online, anda akan menerima slip permohonan melalui sistem dan anda dikehendaki mencetak slip permohonan yang telah didaftarkan. 
 
1.8 Hanya pemohon yang melepasi syarat dan menerima slip permohonan sahaja perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan.

1.9 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan ditolak sama sekali.

1.10 Bagi pemohon yang layak, anda perlu membuat terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W serta terjemahan sijil tersebut perlu disahkan.

1.11 Terjemahan SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia di alamat berikut;

Institut Terjemahan Buku Malaysia
Wisma ITBM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-4149 7210/ 03-4145 1800
(samb. 1850/ 1852/ 1854/ 1861)
No. Faks : 03-4149 1535/ 0341432939/ 0341432946

1.12 Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:

Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 Putrajaya
No tel : 03-8000 8000
No faks : 03-8889 1717

1.13 Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.

1.14 Permohonan atas talian akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari manakala slip permohonan yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

1.15 Sekiranya dokumen sokongan tidak dikemukakan kepada bahagian ini pada tarikh yang ditetapkan, secara automatik permohonan anda akan terbatal dan ditolak.

1.16 Anda WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2015/2016.

2. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi di talian; 03 - 8870 6627 / 6226 dan No. Faks: 03-8870 6853.
Share on : Facebook Twitter Google+

29 comments:

  1. assalammualaikum bagaimana pula syarat untuk bidang syariah,usuludding,perbankan islam utk di jordan dang mesir??

    ReplyDelete
  2. Syarat untuk ulum islamiyah al azhar lulus semua mata pelajaran?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...klau result spm semua A kecuali bahasa inggeris C+ bleh diterima ka untuk ulum islamiah?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, anak saya mendapat keputusan MUMTAZ dalam peperiksaan SMRA..bolehkah belajar perubatan di Universiti Al-Azhar

    ReplyDelete
  5. saya memiliki sijil diploma tahfiz di ipts,bolehkah saya memohon ijazah sarjana muda ke mesir dalam bidang qiraat melalui kpm?

    ReplyDelete
  6. Boleh tak kalau nak ambil 2 bidang dalam satu tempoh pengajian contoh ambil bidang dakwah dan qiraat?

    ReplyDelete
  7. Boleh ke mohon pengajian islam di universiti al azhar tanpa sijil STAM "

    ReplyDelete
  8. Sekarang umur saya form 5,wajib ke saya ambil peperiksaan bahasa arab,al quran dan assunnah utk mohon U Al Azhar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepasan spm, kalau nak ambik agama...hanya boleh ambik kos ulum. Apply dgn kpm & kat mesir baru la ada periksa

      Delete
    2. Lepasan spm, kalau nak ambik agama...hanya boleh ambik kos ulum. Apply dgn kpm & kat mesir baru la ada periksa

      Delete
  9. Assalamualaikum,,maaf,nak tanya permohonan sambung belajar ke Mesir untuk tahun 2016 sudah dibuka atau belum ye?

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum, adakah permohonan ini khusus buat Malaysian sahaja?
    Jika tidak, adakah cara membuat permohonan sama?
    Saya telah menduduki SPM 2014 (2A+ 2A 1A- 3B+ 2B 1D) dan STAM 2015 (7MUMTAZ 3JAYYID JIDDAN).

    ReplyDelete
  11. Saya lulus, kecuali matematik tetapi saya dah buat semua urusan termasuk terjemahan sjil spm dan surat beranak... Dah sudah pun hampir habes pengajian di markaz lughah azhar... Jadi permohonan saya masihkan boleh dipertimbangkan? Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Saya lulus, kecuali matematik tetapi saya dah buat semua urusan termasuk terjemahan sjil spm dan surat beranak... Dah sudah pun hampir habes pengajian di markaz lughah azhar... Jadi permohonan saya masihkan boleh dipertimbangkan? Terima kasih

    ReplyDelete
  13. السلام عليكم
    saya nak bertanya,dlm fakulti bahasa arab,ada tak sekali kesusasteraan bahasa arab?inn sya allah tahun depan depan saya akan ambil stam.saya ada dua pilihan sama ada di MEDIU,madinah @ Universiti ini.Jika tidak layak,saya akan mohon ke KUIS,KLANG @ UIA.Mohon penjelasan.assalam

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..saya nak tanya..adakah cara atau peluang untuk lepasan stam 2010 melanjutkan pelajaran ke mesir untuk sesi 2016

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. saya tlh disahkn melepasi syarat dlm online tu.. skang ni, dlm senarai semak tu suruh saya buat salinan passport yg dh disahkan.. 1) jd sye dh kne buat passport baru ke? 2) mcm mne plak klo khidupan bdx2 yg blajar kt sne tnpa tajaan (persendirian) ? Cri rumah sewa sndiri ke?
    3) dlm senarai semak tu jgk suruh sye sertakan salinan sijil spm.. tp, sijil spm x kluar lg~ boleh ke klo anta slip kputusan spm sbb smua ni kne anta sblum 29/4/16...
    #sorry bnyak soalan..
    Facebook : Nurul Alam Saifuddin

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum, memang kalau nk smbung ke mesir ke isi online di web ini?

    ReplyDelete
  17. Asslmkum..nk tnya, anak sy lepasan spm nk smbung bljr ke mesir (ulum islamiah)dlm tahun ni. sy dimklumkan hanya tiket penerbngn saja yg ditanggung oleh zakat negeri dan semua perbelnjaan kena sediakan sendiri semantara menunggu kelulusan permohnan biasiswa so.. agak2 berpa Rm... yg perlu anak sy bawa ke mesir.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. maklumat yang baik..tq

    http://www.kenanga.unimas.my/

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. Saya nak Tanya. Kalau lepasan STPM kos bahasa Arab boleh Mohon masuk Universiti Al-Azhar ka? 😌

    ReplyDelete
  21. Saya dapat result stam jayyid jiddan dan muet band 2,bolehkah saya ingin pohon ke U Azhar

    ReplyDelete
  22. Saya dapat result stam jayyid jiddan dan muet band 2,bolehkah saya ingin pohon ke U Azhar

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.