Sistem peperiksaan di Universiti Al-Azhar terbahagi kepada dua peringkat
1) Imtihan Syafawi ( lisan )
2) Imtihan Tahriri ( bertulis )
· Im tihan berbetuk lisan
· Ia dijalankan samada seminggu sebelum atau selepas imtihan tahriri bebeza mengikut kuliah masing-masing
· Pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran mengikut muqarrar yang telah ditetapkan,
· Untuk pelajar tahun pertama, biasanya akan ditetapkan untuk menghafal satu atau dua juzuk awal, oleh itu, diharapkan dapat buat persediaan awal sejak dari Malaysia lagi
· Selain mata pelajaran Al-Quran, terdapat beberapa meta pelajaran yang lain yang terdapat dalam ujian syafawi seperti Feqh Syafie, Feqh Muqarron dan lain-lain
IMTIHAN TAHRIRI
· Setiap mata pelajaran di Universiti Al-Azhar berbentuk tulisan
Universiti Azhar mengamalkan sistem 2 fasal ( semester ) bagi setiap sesi pengajian :
· Fasal Pertama : September – Disember
· Fasal Kedua : Februari – Mei
· Kehadiran ke kuliah tidak diwajibkan namun ada ura-ura mengatakan bahawa Al-Azhar akan mewajibkan kehadiran ke kuliah ( WaAllahu Alam )
· Hari pengajian adalah setiap hari kecuali hari jumaat ( cuti umum )
· Masa pengajian bagi musim sejuk pula jam 10 pagi dan 9 pagi bagi musim panas
- akhir waktuPengajian adalah bergantung kepada pensyarah
· Kelas tambahan bergantung kepada pensyarah
· Kertas kerja atau assignment hanya untuk subjek tertentu dan kuliah tertentu
· System pemarkahan adalah seperti berikut
Bil | markah | pangkat | Status |
1 | 90-100 | Mumtaz | Lulus ( B.A Hons ) |
2 | 80-89 | Jayyid jiddan | Lulus ( B.A Hons ) |
3 | 65-79 | Jayyid | Lulus ( B.A Hons ) |
4 | 50-64 | Maqbul | Lulus |
5 | 31-49 | Dhoif | Gagal |
6 | 0-30 | Dhoif jiddan | Gagal |
· Kelayakan untuk lulus dan meneruskan pengajian ke tahun seterusnya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan . gagal 2subjek dari keseluruhan subjek yang diambil adalah kelayakan minimum bagi seseorang mahasiswa untuk meneruskan pengajian ke tahun seterusnya.
(Pada tahun pertama ada 14 subjek keseluruhan )
Ø Gagal 2 subjek = mendapat kelayakan minimum untuk meneruskan pengajian tahun kedua Al-Azhar pada tahun hadapan
Ø Gagal 3 subjek keatas = gagal untuk meneruskan pengajian tahun kedua al-azhar pada tahun hadapan dan masih kekal di tahun pertama dengan mengulang kembali subjek-subjek yang gagal itu.
· Keputusan peperiksaan akan ditampal di bagunan kuliah masing-masing. Tiada slip keputusan rasmi yang akan dikeluarkan kecuali selepas tamatnya pengajian tahun akhir ( tahun ke-empat )
· Pengiktirafan ijazah adalah bergantung kepada nilaian keseluruhan keputusan peperiksaan dari tahun pertama sehingga tahun terakhir.
kepada para calon mahasiswa, anda tidak perlu risau akan yuran kuliah kerana, Al-Azhar tidak menetapkan bayaran yuran kuliah, anda hanya perlu menyediakan sekitar RM 50 bagi tujuan membuat urusan di Al-Azhar untuk satu tahun.
slm..thx 4 sharing this..dptlh jgk ana tau serba sdkit psl u ini..amat bminat dgn u al-azhar.. =)
ReplyDeletesalam...sekiranya tak lulus dalam imtihan syafawi,apakah tindakan yang akan diambil ya...?
ReplyDeleteXde tindakan, cuma markah kurang utk subjek tu.. Biasanya subjek killer ada syafawi
DeleteSalam....subjek yg kita exam semasa di faslu awal,.. Kita exam balik ke smasa faslu sani?
ReplyDeleteAda pecahan subjek.. Cthnya ada 10 subjek.. 5 faslu awal, 5 faslu thani
Deleteboleh saye tanye...spm saye mempunyai subjek sains agama jika ambil stam dan ingin pergi ke universiti al-azhar mesir untuk mengambil kos perubatan dan farmasi boleh ke...
ReplyDeleteBoleh.. Boleh pilih under universiti Al Azhar atau yang lain di sana
Deleteassalamualaikum,saya nak tanya secara specifically dlm bidang sains/perubatan trdapat bidang psychology ke? sebab saya cuba cari sains/perubatan secara khusus tp tak jumpa..minta pencerahan ��
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Maksudnya di sana mesir ke? Biasa pelajar amik Jurusan perubatan, pergigian dan farmasi shj.. Malaysia mungkin ada
Deletesaya nak sambung master di mana mana universiti tempatan dengan kelulusan pangkat jayyid 65%.
ReplyDeleteadakah diterima?
How to get know my son's exam result?
ReplyDelete