Kuliah Ulum Islamiah

Thursday, February 21, 2013


Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Kerajaan Malaysia diwakili oleh TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir pada ketika itu manakala Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Al-Tayyib.
Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya.
Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

2. SYARAT KEMASUKAN

a.    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
b.   Cemerlang dalam enam (6) mata pelajaran SPM; Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
c.    Sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa permohonan.

3. SISTEM PENGAJIAN DAN PEPERIKSAAN

a.   Tempoh pengajian: lima (5) tahun termasuk satu (1) tahun pra (tamhidi). Setiap tahun pengajian terbahagi kapada dua (2) semester.
b.   Yuran pengajian: USD1000 setahun. Pelajar yang mengulang satu (1) atau dua (2) mata pelajaran dikenakan bayaran USD500.
c.    Mata pelajaran bagi setiap semester seperti berikut:

                                     i.        Tamhidi – Semester 1
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Kemahiran Mendengar
4
-
100
100
2
Kemahiran Bertutur
4
100
-
100
3
Kemahiran Membaca
10
20
80
100
4
Kemahiran Menulis
6
-
100
100
JUMLAH
24


400

                                    ii.        Tamhidi – Semester 2
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Kemahiran Mendengar
4
-
100
100
2
Kemahiran Bertutur
4
100
-
100
3
Kemahiran Membaca
10
25
75
100
4
Kemahiran Menulis
6
-
100
100
JUMLAH
24


400

                                   iii.        Tahun 1 – Semester 1
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
-
-
-
2
Balaghah 1
2
20
80
100
3
Feqh 1
2
20
80
100
4
Isu-isu Akidah Semasa
2
20
80
100
5
Tafsir 1
3
-
100
100
6
Tauhid 1
3
20
80
100
7
Ulum Hadis 1
2
20
80
100
8
Nahu 1
2
20
80
100
9
Kemahiran Bahasa 1
2
-
100
100
10
Komputer 1
2
-
100
100
JUMLAH
22


900

                                   iv.        Tahun 1 – Semester 2
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
50
50
100
2
Tarikh Adab dan Nusus 1
2
-
100
100
3
Feqh 2
2
-
100
100
4
Komputer 2
2
20
80
100
5
Ulum Al-Quran 1
3
-
100
100
6
Mantiq 1
2
-
100
100
7
Hadis 1
3
20
80
100
8
Sorf 1
2
-
100
100
9
Kemahiran Bahasa 2
2
20
80
100
10
Sirah Nabawiyah
3
-
100
100
JUMLAH
23


1000

                                    v.        Tahun 2 – Semester 1
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
-
-
-
2
Feqh Lughah
3
-
100
100
3
Sorf 2
2
-
100
100
4
Mantiq 2
2
20
80
100
5
Feqh 3
2
20
80
100
6
Tafsir 2
3
20
80
100
7
Hadis 2
3
20
80
100
8
Tarikh Khulafa’
2
-
100
100
9
Kemahiran Bahasa 3
2
25
75
100
10
Ekonomi Islam 1
2
-
100
100
JUMLAH
23


900

                                   vi.        Tahun 2 – Semester 2
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
50
50
100
2
Balaghah 2
2
20
80
100
3
Tarikh Adab dan Nusus 2
2
-
100
100
4
Ulum Al-Quran 2
2
-
100
100
5
Feqh 4
3
20
80
100
6
Tauhid 2
3
20
80
100
7
Ulum Hadis 2
2
-
100
100
8
Ilmu Sosiologi
2
20
80
100
9
Kemahiran Bahasa 4
6
20
80
100
10
Nahu 2
3
-
100
100
JUMLAH
27


1000

                                 vii.        Tahun 3 – Semester 1
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
-
-
-
2
Nahu 3
3
20
80
100
3
Feqh 5
2
20
80
100
4
Al-Milal wa An-Nihal 1
2
20
80
100
5
Usul Feqh 1
2
-
100
100
6
Tafsir 3
3
20
80
100
7
Tasawuf
2
20
80
100
8
Komputer 3
2
60
40
100
9
Balaghah 3
2
20
80
100
10
Ekonomi Islam 2
2
-
100
100
JUMLAH
22


900

                                viii.        Tahun 3 – Semester 2
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
50
50
100
2
Sorf 3
2
-
100
100
3
Feqh 6
2
20
80
100
4
Tarikh Falsafah 1
2
20
80
100
5
Usul Feqh 2
2
-
100
100
6
Tauhid 3
3
20
80
100
7
Hadis 3
3
20
80
100
8
Geografi Dunia Islam
2
-
100
100
9
Ilmu Perkamusan
3
-
100
100
10
Tamadun Islam
2
-
100
100
JUMLAH
23


1000

                                  ix.        Tahun 4 – Semester 1
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
-
-
-
2
Tarikh Adab dan Nusus 3
2
-
100
100
3
Nahu 4
3
20
80
100
4
Feqh 7
2
25
75
100
5
Akhlak
2
20
80
100
6
Pengajian Orientalism
2
-
100
100
7
Isu-isu Feqh Semasa 1
2
20
80
100
8
Penulisan Tesis
2
-
100
100
9
Usul Feqh 3
2
-
100
100
10
Ekonomi Islam 3
2
20
80
100
JUMLAH
21


900

                                    x.        Tahun 4 – Semester 2
Bil.
Mata Pelajaran
Jam Kredit
Pemberatan Markah Ujian
Lisan/Amali
Bertulis
Jumlah
1
Al-Quran
2
50
50
100
2
Balaghah 4
2
20
80
100
3
Sorf 4
2
-
100
100
4
Feqh 8
2
25
75
100
5
Sejarah Dunia Islam
3
20
80
100
6
Tarikh Falsafah 2
3
-
100
100
7
Isu-isu Feqh Semasa 2
2
20
80
100
8
Undang-undang Islam
2
-
100
100
9
Usul Feqh 4
2
-
100
100
10
Al-Milal wa An-Nihal 2
3
20
80
100
JUMLAH
23


1000


d.    Peperiksaan:
i.      Pelajar yang nisbah kehadirannya ke kuliah kurang daripada 75% tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan.
ii.     Pelajar yang lulus semua mata pelajaran atau gagal satu (1) / dua (2) mata pelajaran sahaja layak naik ke tahun pengajian seterusnya.
iii.    Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan bagi keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:

Pangkat
Markah
Mumtaz
90 – 100
Jayyid Jiddan
80 – 89
Jayyid
65 – 79
Maqbul
50 – 64
Dho’if
35 – 49
Dho’if Jiddan
0 – 34

iv.   Pangkat bagi keseluruhan pengajian adalah kumulatif keputusan tahun satu (1) hingga empat (4) sahaja. Keputusan tamhidi tidak diambil kira.

4. KEDUDUKAN SEMASA

Sehingga kini (sesi 2011/2012) terdapat empat (4) kohort pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Ulum Islamiah seperti berikut:
Tahun Pengajian
Bil. Mahasiswa
Bil. Mahasiswi
Jumlah
Tamhidi
29
22
51
Tahun 1
27
19
46
Tahun 2
22
13
35
Tahun 3
29
15
44
Tahun 4
-
-
-
JUMLAH
107
69
176


5. KEDUDUKAN DAN KELEBIHAN KULIAH

 
Kuliah Ulum Islamiah ini terletak di Hayyu Sadis ( Syeksen 6 ), Madinet Nasr, Kaherah. Perlu untuk pelajar tahu bahawa Universiti Al-Azhar Asy-Syarif di Kaherah ini terbahagi kepada dua tempat. Satu di Hayyu Sadis ( baru ) dan satu di Darrasah ( lama ) . Masjid Al-Azhar terletak di Darrasah, bersama kuliah seperti Usuluddin, Bahasa Arab, dan Syariah. Manakala di Hayyu Sadis pula terdapat kuliah Dakwah Islamiyyah, Dirasat Islamiyyah, kuliah tijarah ( ekonomi ), kuliah perubatan dan lain-lain.

Bagi kuliah ulum Islamiah, dewan kuliahnya adalah di dalam Masjid Az-Zahraa, yang terdapat banyak kelas di dalamnya, selain ia adalah sebuah Masjid yang besar dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan. Suasana belajar di dalam Masjid yang tenang dan menyebabkan jiwa-jiwa kita terisi ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar-pelajar kuliah Ulum Islamiah.
  

Masjid Az-Zahraa, kuliah ulum Islamiah.
Suasana dewan kuliah.

Selain itu., kehadiran ke kuliah adalah WAJIB, tidak seperti kuliah-kuliah lain. Maka, ini memberikan suntikan semangat kepada pelajar untuk terus istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Manakala dari segi bilangan pelajar pula, ia terhad dalam satu kelas, kurang daripada 30 orang, dan diasingkan antara ikhwah dan akhowat. Dengan itu, pensyarah mampu mengingati nama pelajar-pelajarnya seorang demi seorang.

Ini jauh berbeza dengan kuliah-kuliah lain, khususnya kuliah Usuluddin ,Syariah dan Bahasa Arab.

Tambahan pula., pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada syeikh dan professor yang mempunyai pengkhususan dan kepakaran dalam setiap bidang masing-masing. Mereka yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik yang ada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif ini.

6. AGENSI DAN BADAN YANG MENGURUSKAN (AGEN)

Sehingga kini, menurut sudah terdapat 3 agensi yang menghantarkan pelajar untuk memasuki kuliah ini. Ketiga-tiga agensi tersebut ialah :

~ Akademi Al-Quran Medic Malaysia. ( Swasta )  link : http://www.aqm.my/new/
~ Daulah Medic. ( Swasta ) link : http://www.daulahmedic.com/
~ Amanah Raya Berhad. ( Biasiswa ) link : http://www.amanahraya.com.my/

Di samping itu, terdapat juga pelajar-pelajar persendirian yang datang tanpa mengikuti mana-mana agen diatas. Caranya ialah berhubung terus dengan pihak universiti dan kuliah untuk proses pendaftaran.

Yayasan-yayasan negeri tertentu seperti Yayasan Pahang dan Sabah turut menghantar pelajarnya untuk mengikuti pengajian di kuliah ini.

7. KOS PENGAJIAN

Yuran tahunan bagi pelajar Ulum Islamiah ini adalah 1000 dollar ataupun lebih kurang bersamaan RM 3,500 setahun.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, rujuk web AQM ataupun Daulah yang telah diberikan diatas.

---------------------
Rujukan :
(1) Bertanya dengan pelajar Ulum sendiri
(2) Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Asy-Syarif  (Klik)
(3)  Pengenalan Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar.  (Klik)

Share on : Facebook Twitter Google+

8 comments:

  1. Saya masih kurang jelas tntg silibus pembelajran program ni
    boleh tlg jelaskan?

    ReplyDelete
  2. Saya umur 17/2015.. Saya pelajar aliran sains tulen.. Saya tak amik subjek bahasa arab tinggi, alquran sunnah, syariat islamiah untuk SPM.. Jadi adakah saya masih mempunyai peluang untuk belajar di AlAzhar? Kerana saya sangat ingin belajar di sini.. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. Saya umur 17/2015.. Saya pelajar aliran sains tulen.. Saya tak amik subjek bahasa arab tinggi, alquran sunnah, syariat islamiah untuk SPM.. Jadi adakah saya masih mempunyai peluang untuk belajar di AlAzhar? Kerana saya sangat ingin belajar di sini.. Hehe :)

    ReplyDelete
  4. Saya umur 17/2015.. Saya pelajar aliran sains tulen.. Saya tak amik subjek bahasa arab tinggi, alquran sunnah, syariat islamiah untuk SPM.. Jadi adakah saya masih mempunyai peluang untuk belajar di AlAzhar? Kerana saya sangat ingin belajar di sini.. Hehe :)

    ReplyDelete
  5. Salam . Saya pelajar lepasan SPM 2015 dan telah mendapat keputusan . Saya berminat untuk belajar di Mesir tetapi saya kurang jelas mengenai silibus-silibus pelajaran Ulum Islamiyah ? Adakah ia merangkumi bahasa arab dan pengajian islam ?

    ReplyDelete
  6. kuliah tijarah ni satu kos sahaja atau termasuk semua dalam ulum islamiah ni? bkn khusus tijarah shj?

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.