0 comments

Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Kelayakan Universiti Al Azhar 2012

Published on Saturday, March 3, 2012 in

Kongsi

Kepada para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, borang permohonan untuk menduduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke Universiti Al-Azhar boleh dimuat turun di sini:

Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Kelayakan Universiti Al Azhar

al-azhar-mosque-04Syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Calon-calon mempunyai kelulusan di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat maqbul.
  2. Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan sijil STAM
    3. Sijil-sijil yang berkaitan
Sila kembalikan borang permohonan tersebut kepada:
[1] alamat e-mel: ysofa@yayasansofa.com [tajuk: Permohonan Peperiksaan Kelayakan Ke Universiti Al-Azhar]
atau,
[2] hantarkan kepada,
Pusat Asasi Universiti Al-Azhar
(u.p.: Ustaz Salahuddin Bin Azarai)
Blok B-1-04, Jalan 13D, Desa Permai,
Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Salahuddin Bin Azarai di talian:
03-42664408 atau 019-2282870
READ MORE - Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Kelayakan Universiti Al Azhar 2012

6 comments

Universiti Al-Azhar perkenal syarat baru sebelum layak terus pengajian

Published on Saturday, April 2, 2011 in

Kongsi

KUALA LUMPUR: Pelajar yang ingin mengikuti bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan menduduki peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti berkenaan, mulai tahun ini.

شهاب1279

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil peperiksaan itu, calon cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke universiti berkenaan, manakala calon dengan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab universiti itu sebelum ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian.

“Calon lemah pula akan diminta mengikuti kelas persediaan Bahasa Arab di Kolej (Maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia yang akan ditubuhkan dan kelas terbabit akan dikendalikan tenaga pengajar dari universiti berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini semalam.

Katanya, perkembangan itu dimaklumkan Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika mereka bertemu dalam lawatan kerja rasminya ke Mesir pada 16 hingga 20 Mac lalu untuk membincangkan perkara berkaitan kepentingan pelajar Malaysia yang akan dan sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.

Bagi mengatasi masalah ramai pelajar negara ini yang gagal menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, beliau berkata, universiti itu akan mengenal pasti jumlah mereka serta puncanya dan jika ia akibat kelemahan pelajar menguasai Bahasa Arab, mereka akan dimasukkan ke Pusat Bahasa Arab di Kaherah.

“Sekiranya kegagalan mereka itu berpunca daripada kesukaran memahami pengajian ketika kuliah berikutan kekangan bahasa, universiti akan mewujudkan kelas berbayar untuk mereka,” katanya sambil menambah kini ada 11,319 pelajar Malaysia mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir, iaitu perubatan, pergigian dan farmasi (5,184) dan pelbagai bidang berkaitan pengajian Islam (6,135).

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut bertemu Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Dr Amr Ezzat Salam dengan kedua-dua pihak mengulangi komitmen serta persetujuan untuk mematuhi dan menggunapakai semua perkara dalam memorandum persefahaman ditandatangani sebelum ini.

Katanya, kementerian juga akan membuat penilaian semula ke atas beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Mesir, termasuk Universiti Mansurah, Universiti Tanta dan Universiti Zagazig bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran kondusif serta sempurna selain sentiasa mengamalkan kualiti pengajian tinggi sewajarnya.

Sumber : Berita Harian

READ MORE - Universiti Al-Azhar perkenal syarat baru sebelum layak terus pengajian

0 comments

Peranan Al-Azhar

Published on Thursday, August 19, 2010 in , ,

Kongsi

Al-AzharMosqueCairo500 KAHERAH, 3 Ogos – Lepasan Al-Azhar hari ini diharapkan berperanan sebagai pencetus dan pejuang kepada kemerdekaan masyarakat Malaysia daripada penjajahan ideologi dan membawa mereka kepada kepatuhan hanya terhadap Allah dan Rasulnya.
Saudara Zulkifli Abdul Ghani ketika membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Peranan Al-Azhar Dalam Membina Mahasiswa Islam Yang Unggul” menjelaskan mengenai peranan-peranan yang harus dibawa oleh graduan Al-Azhar apabila pulang ke Malaysia. Antaranya ialah peranan terhadap sistem pendidikan, ekonomi dan agama.
Tambahnya lagi, tidak semua lepasan Al-Azhar berjaya dalam menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

-berita PMRAM

 

Justeru, disini kami kongsikan kertas kerja tersebut, bagi menyelaraskan kefahaman kita terhadap Al-Azhar supaya kita dapat menjadi sepertimana yang diharapkan ..

PERANAN AL-AZHAR
READ MORE - Peranan Al-Azhar

0 comments

Majlis Konvo Azhar 2010

Published on Monday, August 16, 2010 in

Kongsi

konvo 2010 

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sukacita dimaklumkan kepada semua bahawa Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir 2010 akan diadakan pada;

Tarikh: 10 – 10 – 10 (10 Oktober 2010)
Bersamaan: 2 Zulkaedah 1431
Hari: Ahad
Tempat: Al-Azhar Conference Centre, Nasr City, Cairo.

Buat masa sekarang, pendaftaran masih belum dibuka.

Insya Allah, pihak urusetia akan mengemaskini dari masa ke semasa.

Sekian dimaklumkan.

sumber : JPMK

READ MORE - Majlis Konvo Azhar 2010

0 comments

Tarikh Imtihan Qabul

Published on in

Kongsi

 imtihan Qabul Imtihan Qabul untuk pelajar-pelajar yang bakal memasuki Al-Azhar akan diadakan pada 15 september 2010, oleh itu diharapkan kepada para pemohon sesi 2010/2011 dapat cepat-cepat datang ke Mesir untuk menduduki peperiksaan tersebut. kegagalan anda menghadirkan diri dalam peperiksaan tersebut akan menggagalkan anda untuk memasuki Al-Azhar.

peringatan , Jangan tunggu sebarang surat tawaran dari Al-Azhar, kerana tawaran tersebut tidak akan dihantar… anda cuma perlu tawakal sahaja.. insyaAllah anda akan berjaya memasuki Al-Azhar setelah menghantar borang KPT dan menduduiki Imtihan Qabul.

untuk makluman imtihan qabul, sila rujuk : http://al-azhar-university.blogspot.com/2010/04/imtihan-qabul.html

READ MORE - Tarikh Imtihan Qabul

Related Posts with Thumbnails