Konvokasyen Orang-Orang Melayu

Tuesday, November 1, 2016

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Seramai 153 pelajar Malaysia yang telah menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar diraikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Imam Muhammad Abduh di universiti berkenaan, semalam.

KU JAAFAR KU SHAARI (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Imam al-Akbar kepada pelajar cemerlang, Mohd. Azmi Wazir dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir, kelmarin.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan turut dihadiri Menteri Penasihat (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Prof. Madya Dr. Mohd. Radhi Ibrahim; Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Abdel Fattah Abdel Ghani dan pegawai-pegawai kedutaan.

Kesemua pelajar berkenaan menerima sijil penghargaan dalam pelbagai bidang pe­ngajian Islam seperti Syariah, Bahasa Arab, Ulum Islamiah, Usuluddin, Hadis dan Ulum Hadis serta Pergigian.

Pelajar dari Jerantut, Pahang, Mohd. Azmi Wazir menerima anugerah utama iaitu Anugerah Imam al-Akbar ber­ikutan memperoleh pangkat cemerlang (mumtaz) dalam bidang Ulum Islamiah.

Ku Jaafar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang anak-anak mereka berjaya menamatkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

“Bagi saya tanggungjawab melahirkan graduan Al-Azhar adalah satu amanah yang cukup tinggi dan berat untuk dipikul. Justeru saya ingin berpesan supaya kita meningkatkan kemahiran dan pencapaian pada masa akan datang di samping menjaga amanah yang dipikul di bahu masing-masing.

“Dengan iringan doa dan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa, maka hari ini kita melihat pelajar ini berjaya melanjutkan pengajian di Mesir seterusnya berjaya mencapai impian masing-masing,” katanya.

#Nota: Mengapa pihak Education Malaysia Egypt yang menganjurkan majlis konvo? Kerana al-Azhar belum pernah menganjurkan program seperti itu sejak daripada ia ditubuhkan pada tahun 361H. 
Share on : Facebook Twitter Google+

3 comments:

  1. *[Memohon Sumbangan Konvokesyen]*

    Dengan ini, kami AJKP Majlis Konvokesyen ACE-GENZ dengan rendah hati ingin memohon sumbangan seikhlas hati daripada pihak tuan bagi menjayakan Majlis Konvokesyen kali ke-6 Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
    Tarikh : 14 Mac 2020
    Hari : Sabtu

    Untuk makluman pihak tuan, Majlis ini memerlukan dana sebanyak RM 50 000 dan kami masih dalam kekangan sebanyak RM 10 000.

    Sumbangan boleh disalurkan di akaun:
    Nama:kasmasaila mohd
    No akaun:
    7050237041 (cimb bank)
    032112468108(hsbc )

    Sumbangan daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Sekian terima kasih.

    Disediakan oleh :
    Kasmasaila
    Bendahari,
    Konvokesyen Universiti Al-Azhar kali ke-6

    ReplyDelete
  2. What happen to the organiser? Sian pada students & parents semua..

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.