Buuth Al-Azhar

Wednesday, February 20, 2013

"Maahad Buuth A-Azhar" disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.

Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan" dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).

  (Sumber : Klik)

Peringkat Pengajian 

 Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).  

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, 'Lompat Kelas'. 

Sambung Pengajian 

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa. 

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul

Matapelajaran 

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah,
  1. Fiqh
  2. Tauhid
  3. Hadis
  4. Khat
  5. Nahu
  6. Sorof
  7. Insya'
  8. Tauhid
  9. Sirah
  10. Imla'
  11. Tajwid
  12. al Quran
  13. Sains
  14. Komputer
  15. Matematik
  16. Geografi
  17. Sejarah
  18. Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis
Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.\

Keistimewaan 

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,
  1. Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
  2. Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab. 
  3. Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  4. Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
  5. Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
  6. Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab. 
  7. Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

Daftar Masuk 

Pendaftaran masuk sangat mudah. anda boleh buat langkah berikut,


1. Setibanya di Mesir, pergi ke Pusat Imigresen "Mughamma' Jawazat" di Tahrir. Minta cop pengesahan ketibaan di Mesir (*biasanya 3 - 6 bulan).

2. Seterusnya, minta borang permohonan kemasukan Bu'uth di Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah.

3. Selepas itu, minta surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Abbasiyah.

4. Seterusnya, buat ujian darah "Tahlil Dam" di Hospital Hussein di Darrasah (*bersebelahan Uni. Al-Azhar).

5. Buat 2 salinan passport, borang permohonan kemasukan Bu'uth, cop pengesahan ketibaan di mesir, surat beranak sementara Mesir serta borang pengesahan masuk ke Bu'uth, hasil ujian Darah "Tahlil Dam". (*Bahagikan semua dokumen-dkumen tersebut kepada 2 file).

6. Akhir sekali, hantarkan kedua-dua fail tersebut ke Pejabat Bu'uth "Mughamma' Bu'uth" di Rab'ah & tunggu borang permohonan untuk diproses.



Anda juga boleh hubugi agen berikut, (klik



Suasana

Gambar-gambar ini diambil di blog berikut : (klik)
















-----------
Rujukan : 
(1) Rujukan terus kepada pelajar Buuth.
(2) MAAHAD BUUTH ISLAMI AL-AZHAR, KAHERAH  (Klik)
(2) Perkenalan: Maahad Buuth Al-Islamiah Sekolah Saya di Mesir (Klik)
(3) Langkah-Langkah Menyambung Pelajaran ke Peringkat Bu'uth di Mesir (Klik



Share on : Facebook Twitter Google+

11 comments:

  1. Salam, ana amik perubatan kat azhar nnt buln 9. Tp kalau ana nk msuk skolah ni belajar ilmu laen boleh x? https://www.facebook.com/dR.hAbeEp tq :). -muhammad habib

    ReplyDelete
  2. Assalam..sya da lme tringin nk msok skolah niy..apa syarat nya? Add sye ymy39@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalam..saya nk blajar disana..xda spm n stam..mcm mna ya..??asas bhsa arab pon x da..mcm mna nk buat urusan ni..klu mula buat urusan pda blan ni..? adakah saya dpat mula blajar awal thun dpan.. syafiqzul11@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde spm/stam atau bahasa arab pun boleh masuk.cuma urusan kena orang yg berkemahiran.di mesir nnti boleh masuk markaz nil(kelas bahasa arab)belajar dri bawah.di hayyu sabie'

      Delete
  4. Assalamualaikum..saya nk blajar disana, tapi mcm mna nk buat pngurusan tu..??

    ReplyDelete
  5. Assalam , saya ingin bljr di sana dan umur sya 14 thn. Jadi , mcm mna nk dftar , rumah , yuran dan syarat untk msuk. Blh terangkan ?

    ReplyDelete
  6. Untuk permohonan ke Maahad Buuth melalui agensi Syihab Educonsult (7 tahun pengalaman) sila ikuti link berikut: http://www.syihabtravel.com/p/maahad-buuth-al-azhar_1.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, anak sy ingin memohon memasuki ke maahaad Buuth, mcmana nk daftar masuk dan berapa kah bayaran diperlukan utk proses kemasukan dgn secara segera? Terima Kasih. honeytea6@gmail.com. Phone 013-267 3112

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaliakumusalam Puan, Puan boleh hubungi pegawai kami melalaui talian: 03-60397343.

      Delete
  8. Salaam tuan saya dari singapura boleh kah saya daftar?

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.