Imtihan Fasa 2, 2010

Friday, June 4, 2010

Bermula dari 23 Mei 2010 sehinggalah awal bulan Julai, suasana Universiti Al-Azhar Asy-Syarif akan berubah menjadi sesak dan penuh dengan manusia kerana peperiksaan Fasa kedua telah bermula..

Exam

Sepertimana yang telah dimaklumankan, Universiti Al-Azhar merupakan antara universiti yang mengadakan peperiksaan melalui dua fasa, dan setiap fasa akan memberi peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar untuk berusaha mendapat keputusan terbaik bagi melayakkan mereka menjejaki tahun berikutnya.

Bagi para peminat Universiti Al-Azhar, perlulah diingatkan bahawa peperiksaan yang dijalankan di Universiti ini amat unik dan menarik kerana ianya mungkin akan diadakan dibawah pokok!

Mengapakah situasi ini berlaku?
Situasi ini berlaku adalah lantaran dari lambakan mahasiswa dan mahasiswi yang membanjiri universiti untuk mengambil peperiksaan. Inilah yang membuktikan bahawa Universiti ini merupakan sebuah universiti yang popular dan diminati ramai..

Bahkan, jangan pula terkejut jika ianya tidak skema seperti universiti-universiti di Malaysia yang banyak prosuder dan tatatertib..

Kebiasaanya peperiksaan akan dimulai pada jam 10 pagi, dan para mahasiswa akan berkumpul di hadapan kuliah, menunggu saat dibukakan gerbang universiti, setelah dibuka.. para mahasiswa akan terus masuk ke dewan peperiksaan , dan menunggu pengawas peperiksaan memberi kertas untuk menjawab dan soalan…

Anda tidak perlu menunggu arahan dari pengawas untuk mula menjawab soalan kerana masa menjawab anda telah bermula sedari kertas diberikan kepada anda..

Ramai juga diantara mahasiswa Al-Azhar yang tidak mengetahui bahawa jawapan yang hendak diberikan kepada Dr perlu mengikuti beberapa skema yang amat menyeronokkan!!

1) Tulis nama beserta ayah dan datuk dihadapan kertas jawapan
2) Memulakan dengan menulis basmalah
3) Diletakkan perkataan ( الوافد) selepas basmalah
4) Menulis muqaddimah seperti :
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف الأنبياء و المرسلين و على آله و أصحابه و من تبعه بإحسان إلى يوم الدين
5) أم بعد ،
6) Kemudian menjawap dengan jawapan yang penuh dengan dalil Al-Quran, Hadis, Syair arab dan sebagainya
7) Menulis penutup dengan berterima kasih kepada Dr dan memuji-muji beliau serta keluarga beliau,serta meminta doa dari beliau..

Itulah antara skema yang seeloknya diikuti,

Perlu diingatkan!!
Barangsiapa yang didapati meniru didalam peperiksaan maka dia tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan tersebut dan seterusnya, bahkan dia juga akan digantung belajar selama setahun.. nauzubillahi min zalik..

Share on : Facebook Twitter Google+

2 comments:

  1. Top 10 titanium nipples jewelry jewelry online
    Top ford escape titanium 2021 10 titanium nipples jewelry jewelry online. powerbook g4 titanium Find the top 10 brands that accept microtouch titanium trim walmart and titanium security shop for metal jewelry in our directory. · New York thaitanium · Las Vegas · Las

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.