PMRAM

Sunday, April 4, 2010

image

Perjuangan mahasiswa merupakan sebuah gaya hidup yang semestinya diambil berat oleh setiap mahasiswa amnya dan Azhari khususnya. Mahasiswa merupakan harapan negara yang bakal mencorakkan hala tuju sesebuah negara. Oleh itu, setiap individu mahasiswa perlu berani menyatakan segala pandangan yang didasarkan dengan ilmu yang jitu bagi mematangkan pemikiran seseorang mahasiswa . Bagi Azhariyyun , PMRAM merupakan satu wadah yang cukup matang bagi menjadi ruang para Azhari untuk melatih peribadi agar mampu menjadi harapan negara yang bakal mencorakkan hala tuju negara akan datang.

PMRAM merupakan sebuah persatuan induk yang menaungi para mahasiswa di bumi Mesir ini, sejak dari ketibaan di Lapangan Terbang lagi, PMRAM telah bertindak mengambil peranan mereka menghantar para Mahasiswa baru ke rumah negeri masing-masing.

PMRAM juga akan menguruskan segala keperluan dan kebajikan Mahasiswa yang berada di Mesir ini. Mereka akan berusaha sedaya upaya membantu para mahasiswa yang mengalami masalah disini.

Oleh itu, para mahasiswa tidak perlulah risau akan masalah yang bakal dihadapi disini, asalkan anda memaklumkan kedatangan anda ke Mesir ini, maka, anda sudah tidak perlu bersusah payah.

image

Share on : Facebook Twitter Google+

2 comments:

  1. Persatuan ni bawah siapa?

    Ada tak kursus tradisional Islam di mesjid Al Azhar?

    Ma'ahad AlBu'uuth tu untuk orang warga emas ada tak?

    ReplyDelete
  2. 1- PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir secara rasmi.

    2- Apakah yang dimaksudkan kursus traditional? DI Masjid AL-Azhar tempat belajar ilmu-ilmu ulama Silam dan kontemporari.

    3- Tiada had umur untuk masuk ke Maahad Buuth.

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.