Tawaran Masuk ke Sekolah Al-Azhar, Mesir

Thursday, February 21, 2013

PENGENALAN

Maahad Buuth Al-Islamiah Al-Azhar atau Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar, Mesir adalah sebuah institusi yang setaraf dengan peringkat menengah antarabangsa yang diurus selia oleh Institusi al-Azhar yang terkenal dengan Universiti al-Azhar. Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran pengajian dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.Setiap tahun disediakan 1,200 tempat kepada para pelajar dari seluruh dunia. Di dalam rekod menyatakan hampir 100 negara terlibat.

KEMASUKAN

Para pelajar yang tidak memiliki apa-apa sijil sekolah rendah daripada Al-Azhar atau setaraf, mereka wajib mengikuti peperiksaan penentuan (Tahdid Mustawa) yang akan mengambil kira 4 kemahiran bahasa Arab iaitu:
  • Pembacaan
  • Penulisan
  • Komunikasi
  • Mendengar

Peperiksaan akan dijalan sebelum bermulanya sesi pengajian setiap tahun sekitar bulan September sehingga November. Sebelum itu, para pelajar hendaklah mendaftarkan diri terlebih dahulu.

PERINGKAT PENGAJIAN

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah). Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

DIRASAH KHASSAH

Kelas pengajian khas akan diberikan kepada para pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Arab selama setahun. Namun, bermula tahun 2014, kebanyakkan pelajar dimasukkan ke Kelas Khas ini terlebih dahulu sebelum ke Maahad Buuth selama setahun. Di samping belajar bahasa Arab, kelas ini juga menyediakan pengajian syariah untuk semua pelajar.

SAMBUNG BELAJAR

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Biasanya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

KEISTIMEWAAN

Antara keistimewaan Ma`had Buuth Al-Azhar ialah:

  1. Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer secara seiring
  2. Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
  3. Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  4. Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
  5. Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer di dalam bahasa Arab.



TEMPOH PENGAJIAN

Sekalipun pengajian di Maahad Buuth mempunyai 6 peringkat, dan setahun bagi setiap peringkat, pelajar jarang menghabiskan pengajian sehingga 6 tahun. Kerana ia waktu yang maksima. Kebiasaannya pelajar Malaysia belajar di Maahad Buuth selama 3 tahun, kemudian menyambung pengajian di Universiti al-Azhar selama 4 tahun.

SYARAT & KELAYAKAN MEMOHON

  • Tiada jenayah atau penyakit berjangkit
  • Berkemampuan Kewangan untuk menampung kos penerbangan serta sara hidup di Mesir.



BILA BERTOLAK KE MESIR?

Penerbangan adalah sepanjang tahun. Justeru itu, terdapat beberapa tarikh berangkat ke Mesir yang telah diamalkan:Januari, Mac, Mei, Ogos, September, Oktober, dan Disember.

PENYELIAAN PELAJAR

Setiap pelajar akan ditempatkan di rumah-rumah sekitar Kaherah yang akan diselia oleh seorang penyelia. Penyelia akan memastikan kebajikan pendidikan, makan minum, aktiviti, keselamatan dan kesihatan pelajar terjaga. Setiap 28 hari bulan, penyelia akan menghantar laporan bulanan kepada ibubapa pelajar.

CARA MENDAFTAR

  • Pelajar dan ibubapa membuat Pertemuan dengan perunding pendidikan di pejabat urusan Mauizah Resources, Sungai Buloh, Selangor.
  • Ibubapa bersetuju dengan memberikan dokumen serta bayaran yuran pengurusan.
  • Pelajar berlepas terbang ke Mesir dengan diiringi petugas dari Malaysia.
  • Pelajar disambut dan diuruskan penginapan serta permohonan di Maahad Buuth al-Azhar. 
Share on : Facebook Twitter Google+

15 comments:

  1. Assalammuaalaikum...sy nk tnya sekolah ni untuk umur berpa thun hingga brape??? dan yuran setahun brape...? ?? tmpat tinggal n duit di beri ke atau kna cri sndiri? hrp bole blas scepatmya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 8tahun hingga 20 ke atas . Duit sendiri . Yuran free hanya perlu byar duit buku sahaja . Tmpat tggal terserah nk duduk rumah sewa atau rumah negeri .

      Delete
    2. Umur 8tahun hingga 20 ke atas . Duit sendiri . Yuran free hanya perlu byar duit buku sahaja . Tmpat tggal terserah nk duduk rumah sewa atau rumah negeri .

      Delete
  2. AsSalam, sya nk tnya, mcmana cara nk hubungi pihak sekolah maahaad Buuth utk register kemasukan pd thn depan 2017?
    Sya berharap dpt menghantar anak ke sekolah maahaad Buuth utk permulaan persekolahan pd thn depan. Bolehkah terangkan disini cara persediaan dari segi kewangan utk menampung keperluan persekolahannya? Contohnya (yuran pengajian, asrama, duit buku) dgn siapa kah patut sya berurusan utk mendaftar?
    Sila berikan jwp dgn kadar segera, sekian.terima kasih. Pn.lina. 016-9121285.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Puan. Alhamdulillah, kami telah berikan maklumat puan pada pegawai untuk diuruskan.

      Delete
  3. Askm...saya berminat utk mghntar anak saya baru habis tahun 6.mohon hubungi saya 0175319415 kerana byk perkara saya nk tanya

    ReplyDelete
  4. Askm...saya berminat utk mghntar anak saya baru habis tahun 6.mohon hubungi saya 0175319415 kerana byk perkara saya nk tanya

    ReplyDelete
  5. Ya, anda masih layak. Tiada had umur untuk ke tempat ini. Baru-baru ini, pihak maahad meletakkan syarat 14 tahun sebagai minima dan maksima, tiada.

    ReplyDelete
  6. Adakah pelajar perempuan diterima untuk belajar di Maahad Buuth ini?

    ReplyDelete
  7. untuk yg berumur 40an ke atas ingin menambah ilmu ..ada tak peluang utk mereka..ada tawaran kursus imam selama 2 bulan dimesir adakah perkara ni benar dan sah disisi undang2..atau hanya khabar angin?

    ReplyDelete
  8. untuk yg berumur 40an ke atas ingin menambah ilmu ..ada tak peluang utk mereka..ada tawaran kursus imam selama 2 bulan dimesir adakah perkara ni benar dan sah disisi undang2..atau hanya khabar angin?

    ReplyDelete
  9. Kalau lepasan buuths,bole smbng
    Fakulti perubatan, farmasi, atau pergigian tak?

    ReplyDelete
  10. Nak tanya syarat kelayakan nak msuk spm brapa A ke camna?

    ReplyDelete
  11. Apa syarat kelayakan utk mauk universiti ni?

    ReplyDelete
  12. Boleh bagi location sekolah? Saya ingin mendaftar anak saya umur 17 tahun lepasan SPM pada bulan november tahun ini... mohon maklumbalas segera supaya saya boleh atur perancangan...boleh reply ke email saya salinaminam@gmail.com

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.