6 comments

Universiti Al-Azhar perkenal syarat baru sebelum layak terus pengajian

Published on Saturday, April 2, 2011 in

Kongsi

KUALA LUMPUR: Pelajar yang ingin mengikuti bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan menduduki peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti berkenaan, mulai tahun ini.

شهاب1279

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil peperiksaan itu, calon cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke universiti berkenaan, manakala calon dengan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab universiti itu sebelum ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian.

“Calon lemah pula akan diminta mengikuti kelas persediaan Bahasa Arab di Kolej (Maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia yang akan ditubuhkan dan kelas terbabit akan dikendalikan tenaga pengajar dari universiti berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini semalam.

Katanya, perkembangan itu dimaklumkan Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika mereka bertemu dalam lawatan kerja rasminya ke Mesir pada 16 hingga 20 Mac lalu untuk membincangkan perkara berkaitan kepentingan pelajar Malaysia yang akan dan sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.

Bagi mengatasi masalah ramai pelajar negara ini yang gagal menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, beliau berkata, universiti itu akan mengenal pasti jumlah mereka serta puncanya dan jika ia akibat kelemahan pelajar menguasai Bahasa Arab, mereka akan dimasukkan ke Pusat Bahasa Arab di Kaherah.

“Sekiranya kegagalan mereka itu berpunca daripada kesukaran memahami pengajian ketika kuliah berikutan kekangan bahasa, universiti akan mewujudkan kelas berbayar untuk mereka,” katanya sambil menambah kini ada 11,319 pelajar Malaysia mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir, iaitu perubatan, pergigian dan farmasi (5,184) dan pelbagai bidang berkaitan pengajian Islam (6,135).

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut bertemu Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Dr Amr Ezzat Salam dengan kedua-dua pihak mengulangi komitmen serta persetujuan untuk mematuhi dan menggunapakai semua perkara dalam memorandum persefahaman ditandatangani sebelum ini.

Katanya, kementerian juga akan membuat penilaian semula ke atas beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Mesir, termasuk Universiti Mansurah, Universiti Tanta dan Universiti Zagazig bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran kondusif serta sempurna selain sentiasa mengamalkan kualiti pengajian tinggi sewajarnya.

Sumber : Berita Harian

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

6 Response to Universiti Al-Azhar perkenal syarat baru sebelum layak terus pengajian

Anonymous
June 9, 2011 at 7:29 PM

bila tarikh imtihan qabul 2011/2012

Anonymous
June 11, 2011 at 2:45 AM

salam..
bila tarikh imtihan qabul untuk 2011/2012?

Anonymous
June 12, 2011 at 6:25 AM

benarkah hanya pelajar stam yang mendapat mumtaz sahaja dipilih untuk menduduki imtihan qabul?

Anonymous
June 27, 2011 at 6:35 PM

tidak benar...bkn pelajar stam mumtaz sahaja yg boleh menduduki imtihan qabul...ikut pada penilaian pihak tertentu...the most important,depend pada rezeki...so doa je lahh bnyak2 ye..

Anonymous
June 29, 2011 at 1:53 AM

imtihan qabul sesi 2011/2012 x jadi dijalankn di malaysia .... mgkin dijalankn di mesir seperti tahun2 lepas .... sume yg layak ke mesir akan mnduduki imtihan qabul di mesir .. cume x silap mugkin ade tapisan di jabatan KPT .... utk melayakkan pelajar ke mesir ...

September 15, 2011 at 12:12 PM

apakah peljar indonesia blh cbe imthan qabul.....ap layak
>>>???sy ad sijil yg bertaraf SPM dn silil tahfiz alquran

Add Your Comment

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.

Related Posts with Thumbnails