SEKILAS SEJARAH AL-AZHAR

Sunday, April 4, 2010

Seluruh pelusuk dunia mengetahui Al-Azhar adalah sebuah pusat ilmu tertua yang melahirkan professional Islam dan  Al-Azharcendekiawan agama yang sering menggocakkan kealpaan jahiliyyah . segala permasalahan masyarakat dapat di tangani dengan bijaksana oleh para graduan Al-Azhar As-Syarif. Malahan, pihak musuh sentiasa memendam dendam dan merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al-Azhar sejak dari dulu lagi.

Al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti Malaysia, China, Indonesia, Thailand, Benua Afrika,Benua Eropah dan lain-lain. Semakin ramai tokoh Islam sejati telah dilahirkan sejak zaman pemerintahan kerajaan Fathimiyyah lagi.

Lembaran sejarah telah mengukirkan bahawa, Khalifah Al-Aziz Billah telah menubuhkan Universiti ini pada 4 April 970 Masihi (hari artikel ini ditulis adalah 4 April 2010 –ulang tahun ke- 1039 ) bersamaan 24 jamadil Awal 359H selepas setahun dirasmikan kota kaherah sebagai Ibu Negara Mesir.

Jauhar Al-Siqlie yang merupakan seorang panglima perang pada ketika itu telah memulakan pembinaan Al-Azhar dengan memulakan pembinaan Masjid Al-Azhar. Usaha mulia ini telah berjaya disempurnakan pada hari jumaat tanggal 22 jun 972 masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah. Pada tahun 378 Hijrah pula, seorang wakil Kerajaan Abassiah di Mesir bernama Yaakub bin Kais telah mencadangkan kepada Khalifah Al-aziz Billah agar menjadikan Al-Azhar sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan Ilmu pengetahuan.

Setalah diiktiraf sebagai institusi pendidikan, Al-Azhar telah dikunjungi oleh para penuntut ilmu dari pelbagai tempat di seluruh pelusuk dunia sehinggalah ke hari ini.

Namun keadaan yang tenang dan tenteram itu tidak disenangi oleh banyak musuh-musuh islam yang menanti masa untuk menerkam dan memusnahkan Al-Azhar . Pihak Perancis telah membakar dan memusnahkan kitab Al-Azhar, justeru itu, Sulaiman Al-halabi telah bertindak membunuh Cilber, ketua tentera perancis di Kaherah.

Secara ringkasnya, Al-Azhar merupakan sebuah pusat Islam yang amat disenangi oleh banyak pihak dan dalam masa yang sama juga dibenci oleh banyak pihak, pihak yang menyenanginya tentulah umat Islam sejati, manalaka yang membencinya pula terdiri dari golongan Munafik dan Kafir yang dijanjikan azab neraka.

imageAl-Azhar bukanlah universiti bagi orang-orang yang malas, miskin dan terdesak, tetapi, Al-Azhar  merupakan sebuah universiti yang padat dengan Ilmu pengetahuan kerana ia terletak di Mesir, Pusat Ilmu Pengetahuan terbesar di dunia. Sebuah kata-kata yang begitu bermakna di bumi ini adalah “jika kamu mahu belajar di bumi mesir, maka kamu akan dapati kamu tidak sempat bernafas untuk menerima Ilmu”. Setiap masa dan waktu dipenuhi dengan ilmu pengetahuan, hanya perlu menggerakkan kaki untuk berjalan, menyediakan pensil untuk mencatat dan menyediakan hati untuk menerima.

Share on : Facebook Twitter Google+

1 comment:

  1. Kena betul2 jihad bila dh pergi Mesir nanti in shaa Allah sekiranya diizinkan Allah melanjutkan pelajaran di Azhar

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.