15 JUN 2012 -- Peperiksaan Kelayakan ataupun Imtihan Qabul telah mula diperkenalkan oleh Universiti al-Azhar sejaktahun 2009 lagi. Peperiksaan ini perlu diduduki oleh setiap pelajar asing (wafidin) yang ingin menyambung pengajian diUniversiti al-Azhar di dalam bidang Syariah Islamiah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Dirasat Islamiah.
Al-Azhar menetapkan bahawa setiap penuntut yang ingin melanjutkan pengajian di universiti tersebut harus disaringterlebih dahulu agar mereka dapat melangkah seiring dengan sukatan pengajian yang ditetapkan berdasarkan kemahirandan kecekapan mereka.
Bagi pelajar Malaysia, bermula sesi pengambilan 2012/2013, setiap pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berhasrat menyambung pengajian di Universiti al-Azhar dikehendaki menduduki Imtihan Qabul di Malaysia. Pengurusan peperiksaan ini telahdikendalikan oleh Yayasan Sofa dengan keizinan khas Pentadbiran Universiti al-Azhar dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Imtihan Qabul bagi sesi ini akan diadakan secara berasingan mengikut zon negeri bermula 18 Jun 2012 dan berakhir pada 30 Jun 2012. Bagi calon darinegeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, peperiksaan akan diadakan pada 18, 19 dan 27 Jun 2012 bertempat di Kolej Islam as-Sofa,Ampang, Selangor. Calon dari negeri Pahang akan menduduki peperiksaan di Kuliyyah al-Lughoh Waddin al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan,Kuantan pada tarikh 20 Jun 2012.
Manakala calon dari negeri Kelantan dan Terengganu akan menduduki peperiksaan pada 21 dan 22 Jun 2012 bertempat di Bangunan Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu. Calon dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis pula akan mula menduduki peperiksaan pada 24 Jun hingga 26 Jun 2012 bertempat di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. Imtihan Qabul bagi calon dari negeri Sabah pula akan diadakan pada 30 Jun 2012 dan tempat akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan peperiksaan.
"PMRAM mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru ke Perlembahan Nil dan mendoakan agar calon-calon yang menduduki peperiksaan kelayakan memperolehi kejayaan cemerlang sekaligus dapat menyambung pengajian ke bumi Mesir", ujar Presiden PMRAM 2012 Saudara Abdul Aziz Bin Ali.
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku persatuan mahasiswa induk bagi seluruh mahasiswa Malaysia di Perlembahan Nilmengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat seluruh bakal mahasiswa dan mahasiswi Universiti al-Azhar.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
Sumber : PMRAM
Assalamuaikum bila pulak permohonan ke al azhar sesi 2013/2014 untuk lepasan spm 2012?
ReplyDeleteWalaikumusalam. Sila rujuk post terkini.
ReplyDelete